Lelaki ini pernah melalui saat hidup yang susah sejak dari kecil. Lahir dalam keluarga sederhana. Antara yang teruk dalam liku hidupnya adalah :
1. Keputusan ujian matematik yang corot semasa di sekolah rendah menyebabkan ada sekolah yang tidak mahu menerima beliau sebagai pelajar.
2. Pernah memohon kerja di KFC. Dari 24 calon yang hadir beliau satu-satunya yang gagal manakala 23 calon lagi ditawarkan bekerja dengan rangkaian restoran makanan segera ni.
3. Pernah menghadiri 30 temuduga. Beliau gagal dalam kesemua temuduga itu dan tidak ditawarkan satu kerja pun.
Halangan yang dilalui tidak pernah mematahkan semangatnya untuk maju. Sejak dari umur 12 hingga 20 tahun, beliau sanggup menunggang motor selama 40 minit untuk belajar bahasa Inggeris dengan cara bergaul dengan pelancong asing.
Kesempatan bergaul dan belajar bahasa Inggeris selama 9 tahun dengan pelancong asing banyak mengubah pandangan beliau tentang hidup. Malah beliau percaya beliau berfikiran lebih global berbanding penduduk lain di negaranya.
Akhirnya beliau memulakan kerjaya pertama beliau sebagai guru Bahasa Inggeris. Sewaktu bekerja di US, beliau mendapati tiada satu pun informasi berkenaan negaranya di internet. Penemuan ini membawa kepada usaha beliau untuk menubuhkan sebuah portal jualan di internet sebaik saja beliau kembali semula ke negara beliau.
Dan kini portal jualan kepunyaan beliau sedang giat berusaha untuk mengatasi portal jual beli online popular eBay yang berpusat di US. Siapakah lelaki ini? Beliau adalah Jack Ma, pengasas AliBaba.com dan dikhabarkan kini sebagai jutawan terkaya di China.
Berita Macam Macam Dan Top News Dari Seluruh Negara.Add sya Ke Circle Anda.Translate page sdh boleh dilakukan
Hangat
Top 5 Artikel
-
Setiap ciptaan yang Allah jadikan itu cukup sempurna dan cantik. Hanya nafsu yang menjadi pendorong kepada perubahan. Akibatnya balas...
-
KUALA LUMPUR - Gambar seorang wanita tanpa seurat benang dengan badannya yang mempamerkan lukisan 'airbrush' tersebar di laman ...
-
Tidak dipungkiri, banyak orang menyukai gaya sesuai mode terkini dan digilai banyak, lebih-lebih lagi remaja. Mereka sering mengganti pena...
-
KISAH kali ini yang menceritakan penderitaan mental dan fizikal yang dialami oleh Umairah (bukan nama sebenar) pastinya ben...
-
KUALA LUMPUR : Dia dirogol hampir 20 kali oleh teman lelaki kakak angkatnya sebaik melarikan diri dari rumah. Sepanjang tempoh it...
Online
Powered by Blogger.
Copyright © 2014 Berita Macam Macam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "Kisah Lelaki China Yang Hidup Susah Sebelum Begelar Billioanaire"