KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang remaja perempuan keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenali membawa padah apabila dirogol lelaki terbabit bersama tiga lagi rakannya.
Kejadian dipercayai berlaku selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula 18 Mac lalu di rumah sewa salah seorang suspek berusia 21 tahun di Manir, di sini, dan di sebuah rumah kosong yang juga terletak di kampung sama.
Menurut sumber, kejadian bermula ketika mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan keluar bersama rakan lelakinya berusia 18 tahun, kira-kira jam 11.45 malam, Selasa lalu.
“Mangsa dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan pada hari kejadian, suspek membawa mangsa ke rumah salah seorang lagi suspek, sebelum mendakwa dirogol rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit, kira-kira jam 12.30 malam, Rabu lalu.
“Kejadian sama berulang sekali lagi pada malam keesokan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang lagi suspek lain yang juga berusia 18 tahun.
“Mangsa mendakwa, ketika dirogol ada suspek lain telah merakamkan perbuatan itu dan selepas memuaskan nafsu mereka, mangsa dihantar pulang ke rumah,” katanya.
Jelas sumber, mangsa mendakwa telah menerima khidmat pesanan ringkas (sms) daripada rakan lelakinya kira-kira jam 5.30 petang, Khamis lalu yang mengugut mangsa agar keluar bersamanya lagi jika tidak mahu rakaman video perbuatan seks mereka disebarkan dilaman sosial seperti Wechat dan WhatsApp.
Katanya, mangsa yang takut dengan ugutan suspek terpaksa akur, sebelum sekali lagi dirogol rakan lelakinya bersama seorang lagi suspek berusia 16 tahun di lokasi sama awal pagi Jumaat lalu.
“Selepas puas melepaskan nafsu serakah mereka, mangsa dihantar pulang kira-kira jam 3.30 pagi, sebelum terserempak dengan abang mangsa yang bertindak mengejar suspek selepas curiga adiknya dihantar lelaki, terbabit tetapi gagal menangkap suspek.
“Mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya dan susulan laporan dibuat, gerakan memburu suspek dijalankan.
“Kesemua suspek berjaya ditahan antara jam 1 hingga 3 petang, Jumaat lalu di sekitar Manir untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/dirogol-tiga-hari-berturut-turut-1.371806
Berita Macam Macam Dan Top News Dari Seluruh Negara.Add sya Ke Circle Anda.Translate page sdh boleh dilakukan
Hangat
Top 5 Artikel
-
hehe... sory yer... pada pembaca yg tak berapa suka jgn la tgok gmbar2 ni... ini cerita gua saja2 nak kasi panas kejap jer... haha... kl...
-
Bila nafsu sudah menguasai diri lebih dari kewarasan akal, akibatnya wujudlah manusia yang sudah tidak mempunyai perasaan malu dan mel...
-
Selepas lebih dua bulan memutuskan hubungan cinta, seorang gadis berusia 25 tahun kini menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya itu apabi...
-
IPOH – Seorang kerani menanggung derita fizikal dan mental apabila dipaksa menjadi pemuas nafsu seks seorang lelaki warga Bangladesh sel...
-
You just can't argue with the fact that Mongolian girls have the art of seduction down to a science. ...
Online
Powered by Blogger.
Copyright © 2014 Berita Macam Macam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "Dirogol tiga hari berturut-turut"