Selepas Astro Gempak menyiarkan artikel mengenai pelakon cantik Erin Malek yang dikatakan sedang hamil anak sulung, berita tersebut telahpun disahkan oleh ahli keluarga Erin sendiri.
Ahli keluarga Erin mengesahkan berita kehamilan aktres itu kepada Berita Harian Online pada petang Jumaat.
Menerusi foto imbasan ultra bunyi yang dikirim kepada portal tersebut, jelas kelihatan dua 'kelongsong' bayi dan itu menandakan Erin sedang mengandung anak kembar.
Bagaimanapun, usia kandungan Erin tidak dinyatakan.
Sebelum ini, Erin pernah memberitahu tidak mahu terburu-buru dalam soal anak kerana mereka berdua masih dalam fasa berbulan madu namun dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa dia dan suami tidak merancang kehamilan.
Juara Fear Factor musim kedua ini selamat diijabkabulkan dengan Farriz, 30, pada 10 Oktober 2014.

0 Komentar untuk "Erin Malek Sah Hamil, Bakal Timang Anak Kembar"