Berita Macam Macam

Berita Macam Macam Dan Top News Dari Seluruh Negara.Add sya Ke Circle Anda.Translate page sdh boleh dilakukan

Dewi Cinta Suka Ambil Gambar Seksi Sendiri


Jika sebelum ini gambar yang tersebar mengatakan bahawa kepunyaan Dewi Cinta namun masih tidak dapat penjelasan dari empunya diri.

Akhirnya, Dewi mengesahkan gambar tersebut kepada pihak media di Indonesia dan turut mengaku bahawa dia memang suka bergambar seksi.

Penyanyi yang popular dengan lagu “Main Hati” itu turut memberitahu bahawa gambar tersebut tersebar disebabkan kecuaian dirinya dan memberitahu akan lebih berhati-hati untuk masa hadapan.

“Saya suka ambil gambar seksi sendiri. Buat masa ini lebih baik saya mendiamkan diri dan lupakan segala yang negatif mengenai isu gambar tersebut.

Ujarnya kepada detikHot ketika ditemui di lokasi penggambaran video klip lagu solo terbarunya yang bertajuk

“Whatever” di Studio Gudang, Cililitan di Jakarta Timur pada Khamis yang lalu.

Walaupun mengakui suka bergambar seksi, Dewi menafikan gambarnya itu sengaja disebarkan untuk tujuan menaikkan populariti semata.

“Gambar tersebut diambil hanya untuk simpanan peribadi saya, bukan kerana mahu mendapat publisiti murahan. Itu semua disebabkan kecuaian diri sendiri,” jelasnya.
0 Komentar untuk "Dewi Cinta Suka Ambil Gambar Seksi Sendiri"

Related Posts Plugin for WordPress, ...
 
Copyright © 2014 Berita Macam Macam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info