Berita Macam Macam

Berita Macam Macam Dan Top News Dari Seluruh Negara.Add sya Ke Circle Anda.Translate page sdh boleh dilakukan

SAINTIS CUBA KLONKAN GAJAH GERGASI PRA SEJARAH


Pernah terfikir tak akan ada pengklonan semua haiwan yang pernah pupus bertahun lama dahulu dapat dihidupkan kembali??? Ingat tak satu ketika masa dahulu, seekor gajah telah dimumiakan dan ditayangkan kepada orang awam… Terbaru, seekor lagi gajah besar telah ditemui di dalam sisa salji Siberia. Ini menjadikan ia kunci kepada Jurassic Park untuk mengkaji mengenai haiwan ini.

Selain itu ,difahamkan para penyelidik akan menanam sel-sel nukleus gajah besar ke dalam telur gajah. Difahamkan,dua pasukan iaitu Korea Selatan dan Amerika Syarikat sedang berlumba-lumba untuk menghasilkan klon yang terbaik untuk gajah tersebut.

Menurut Dr Tori Herridge, ahli palaeobiologist di Muzium Sejarah Semula Jadi yang turut mengambil bahagian di dalam kajian ini berkata bahawa gajah besar ini sudah lama dibiarkan iaitu hampir 50 tahun, ini dapat dilihat daripada hakisan gigi haiwan berkenaan.

“Sebagai ahli paleontologi, anda biasanya perlu bayangkan haiwan pupus sewaktu anda bekerja. Inilah pengalaman yang paling luar biasa dalam hidup saya.,” ujar Dr Tori kepada media.

Menarik kan.. Kalau benarlah boleh wujudkan klon, ini dapat mengembalikan masa silam 10000 tahun lama dahulu. Kita dapat melihat haiwan yang lebih besar dari bangunan zaman sekarang.. Tak gitu??~~MiraAzhar/UtaraNews.com
0 Komentar untuk "SAINTIS CUBA KLONKAN GAJAH GERGASI PRA SEJARAH"

Related Posts Plugin for WordPress, ...
 
Copyright © 2014 Berita Macam Macam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info