Berita Macam Macam

Berita Macam Macam Dan Top News Dari Seluruh Negara.Add sya Ke Circle Anda.Translate page sdh boleh dilakukan

9 Kisah Artis Terhangat sepanjang 2014

page
Suku pertama tahun 2014 telah menyaksikan pelbagai insiden wujud di kalangan artis tempatan . Berikut merupakan beberapa kisah yang menjadi perbualan ramai sepanjang tiga bulan ini yang dipetik dari sumber GUA :-
  1. hanezcomel4Pelakon, Hanez Suraya dikecam hebat oleh para peminat apabila kekasihnya berstatus suami orang. Bagai jatuh ditimpa tangga, timbul pula ura-ura yang mengatakan kontrak Hanez dengan produk AuraWhite pula dibatalkan
  2. mh370-2Berita kehilangan pesawat MH370 turut memberi impak kepada banyak pihak termasuklah artis tempatan yang melahirkan rasa simpati mereka. Selain berkongsi kata-kata semangat di laman sosial masing-masing, ada juga selebriti yang turut melakukan solat hajat untuk mendoakan terbaik bagi pesawat tersebut.
  3. UMF-02Dalam pada kita bersedih dengan kehilangan pesawat MH370, negara digemparkan pula dengan kematian 6 orang remaja disyaki akibat penyalahgunaan dadah ketika berlangsungnya Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang bertempat di Stadium Bukit Jalil. Disebabkan insiden tersebut, hari ke-3 konsert tersebut telah dibatalkan yang melibatkan persembahan kemuncak artis-artis ternama seperti Yuna dan Pharrell Williams.
  4. UntitledTeka-teki pergolakan rumahtangga Erra Fazira hanya terungkai apabila akstres jelita itu sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 18 Februari lalu selepas 6 tahun mendirikan rumahtangga.
  5. fsPelakon, Fasha Sandha telah melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap pelakon Dazrin Kamaruddin gara-gara masalah tidak disiplin yang ditimbulkan Dazrin ketika di set drama Miranda. Dazrin mengakui kesalahannya dan telah meminta maaf kepada seluruh warga produksi tersebut.
  6. saKemelut antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati mendapat perhatian ramai apabila Sharnaaz dikatakan menengking ibu hamil tersebut. Kontroversi ini menjadi semakin panas apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi campur tangan.
  7. azMajlis resepsi pemain bola sepak, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal telah berlangsung secara gilang gemilang serta dihadiri oleh artis-artis ternama tanahair. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi kacak dari Indonesia iaitu Afgan.
  8. eina-azmanPendatang baru, Eina Azman sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dia dikatakan lagi dari lokasi penggambaran Kuntilanak Ciliwung. Ini dikatakan berpunca daripada tidak wujudnya kontrak serta Eina disuruh melakonkan aksi ranjang. Eina yang melantik Usop Wilcha sebagai wakilnya bakal mengadakan sebuah sidang media bagi menjelaskan hal terbabit.
  9. zizan-razak-dan-emma-maembongKanvas seni Zizan Razak dan Emma Maembong tidak pernah sepi kontroversi setelah timbul gosip mengatakan mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta. Selepas didakwa berkucupan ketika menaiki pesawat bersama, keadaan menjadi panas apabila mereka dikatakan berkesedudukan. Namun baik Zizan mahupun Emma menafikan dakwaan tidak berasas tersebut.
0 Komentar untuk "9 Kisah Artis Terhangat sepanjang 2014"

Related Posts Plugin for WordPress, ...
 
Copyright © 2014 Berita Macam Macam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info