Berita Macam Macam

Berita Macam Macam Dan Top News Dari Seluruh Negara.Add sya Ke Circle Anda.Translate page sdh boleh dilakukan

Gadis Tawar Tubuh Untuk Ditiduri Sepanjang Pelancongan Beliau


SHANGHAI : Seorang gadis berusia 19 tahun mengharapkan pembiayaan untuk menjelajah seluruh China dengan meniduri lelaki berlainan di setiap bandar.

Remaja berkenaan, Ju Peng mengiklankan di laman sosial Weibo, dia mencari ‘kekasih sementara’ yang mesti ‘kacak, bawah usia 30 tahun, tinggi lebih 1.75 meter dan sudah pasti, kaya.’

Ju yang berasal dari Shanghai menawar untuk menghabiskan sepanjang malam dengan lelaki yang sanggup membiayai perjalanan dan perbelanjaan hariannya.

“Mereka mesti membiayai tambang saya ke bandar mereka dan semua perbelanjaan saya di sana. Mereka mesti yang bukan kedekut.

“Sebagai balasan, mereka boleh bermalam dengan saya. Saya akan memberi tumpuan tidak berbelah bagi kepada mereka.” katanya dalam iklan berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan Ju dikecam oleh pengkritik yang menganggap iklan itu lebih kepada tawaran melacur.

Mereka juga menggesa supaya iklan berkenaan dipadamkan.

Bagaimanapun Ju berkata, dia sudah menjelajah seluruh timur China dengan cara itu dan kini mahu meneruskan perjelajahannya ke bahagian lain negara berkenaan.

“Ia seperti mengembara. Tidak ada apa yang hendak dimalukan,” katanya.

0 Komentar untuk "Gadis Tawar Tubuh Untuk Ditiduri Sepanjang Pelancongan Beliau"

Related Posts Plugin for WordPress, ...
 
Copyright © 2014 Berita Macam Macam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info