Berita Macam Macam

Berita Macam Macam Dan Top News Dari Seluruh Negara.Add sya Ke Circle Anda.Translate page sdh boleh dilakukan

Bikini Daripada Beg Plastik Jadi Trend Di Taiwan


KALAU dilihat trend yang pelik di kalangan anak muda di Taiwan atau sekutunya semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, kemunculan trend tumbuhan kecil di kepala ternyata menjadi perhatian netizen di Beijing.

Kini, anak-anak muda di sana sekali lagi mencetuskan fenomena baharu dengan fesyen pelik iaitu baju mandi daripada beg plastik yang menjadi ikutan ramai.

Trend ini khususnya menjadi ikutan para gadis dan remaja di sana. Ia diperbuat daripada beg plastik yang selalu digunakan.

Dengan menggunakan kepakaran masing-masing, plastik dari kedai serbaneka 7-Eleven dilihat menjadi pilihan ramai.



Fesyen terbaru itu mula menular selepas seorang gadis memuat naik gambarnya di laman sosial facebook dan rata-rata ‘memuji’ gadis itu kerana boleh menjadi duta alam sekitar.

Namun ada juga masyarakat yang mendakwa gadis tersebut hanya mahu menayang tubuh badannya kepada orang ramai.




Entah apa yang menarik di mata mereka tetapi hasilnya boleh dikatakan agak kreatif serta mendapat sambutan orang ramai. Mungkin lepas ini mereka semua boleh jimat daripada membeli baju renang untuk ke pantai.





Sumber : MYNEWSHUB
0 Komentar untuk "Bikini Daripada Beg Plastik Jadi Trend Di Taiwan"

Related Posts Plugin for WordPress, ...
 
Copyright © 2014 Berita Macam Macam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info