Mereka bukan sahaja mencuri tumpuan pada majlis tahunan Met Gala malah memukau perhatian ramai dengan gaun jarang yang boleh dikatakan hanya menutup bahagian sulit mereka.
Antara artis dengan gaun seakan 'bogel' ini adalah Kim Karhashian, Beyonce dan Jenifer Lopez yang sekali pandang seperti dihiasi hanya dengan aksesori.
Lihat sahaja bagaimana Kim Kardashian dengan rekaan Roberto Cavalli yang mengenakan gaun putih kristal, sangat cantik namun tak dinafikan mencolok mata.
Tak kurang juga dengan penampilan oleh ibu kepada Blue Ivy, dengan rekaan oleh Givenchy.
Selain itu, Jennifer Lopez pun tak kurang dengan gaun merah memukau ala merak dengan pereka Versace yang memberi dedahan pada bahagian tepi punggungnya.
0 Komentar untuk "Gaun Separuh Bogel Penghias Met Gala 2015"