Berita Macam Macam

Berita Macam Macam Dan Top News Dari Seluruh Negara.Add sya Ke Circle Anda.Translate page sdh boleh dilakukan

Inilah Padah Yang Menimpa Ibu Muda Yang Hendak Besarkan Asetnya...!!!


Setiap ciptaan yang Allah jadikan itu cukup sempurna dan cantik. Hanya nafsu yang menjadi pendorong kepada perubahan. Akibatnya balasan Allah menanti.

SEORANG ibu muda yang berusia 23 tahun, Angie Carolina Mendoza meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas pembedahan plastik bagi membesarkan punggungnya tidak berjalan lancar seperti yang diharapkannya.

Sebaliknya Mendoza meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Barranquilla, Colombia.

Lebih malang, dia ditinggalkan di hospital begitu sahaja selepas doktor di klinik pembedahan plastik yang tidak berlesen itu itu menyedari ada yang tidak kena dengan Mendoza.

Selepas membawa Mendoza ke hospital, mereka kemudiannya melarikan diri.

Menurut laporan, Mendoza mengalami kesukaran untuk bernafas sebelum meninggal dunia beberapa minit selepas tiba di hospital.
Mendoza telah menjalani pembedahan plastik berkenaan tanpa pengetahuan anggota keluarganya dan kematiannya amat mengejutkan mereka terutama suaminya, James Jimenez Polo.

“Sebelum ini dia merungut kerana bentuk badannya berubah selepas beranak, jadi saya membayar keahliannya dalam sebuah gim untuk bersenam dan membuang semua persepsi negatif mengenai badannya.

“Tetapi saya tidak sangka dia akan menjalani pembedahan plastik berkenaan,” katanya.

Pasangan itu mempunyai seorang anak berusia setahun. – Mynewshub.cc


Badan semua dah cantik tapi tetap nak berubah lagi. Pelik betul la



0 Komentar untuk "Inilah Padah Yang Menimpa Ibu Muda Yang Hendak Besarkan Asetnya...!!!"

Related Posts Plugin for WordPress, ...
 
Copyright © 2014 Berita Macam Macam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info