Berita Macam Macam

Berita Macam Macam Dan Top News Dari Seluruh Negara.Add sya Ke Circle Anda.Translate page sdh boleh dilakukan

GILA SEKS! TUNJUK KEMALUAN DALAM LIF

Gambar Hiasan

Tindakan seorang lelaki yang dipercayai gila seks dengan mengganggu dan menunjukkan kemaluannya terhadap seorang wanita dalam lif di sebuah pasar raya di Kemayan Square, di sini, kelmarin, mengundang padah apabila dia ditahan.

Kejadian berlaku jam 10 malam apabila suspek yang berusia 23 tahun dan mangsa yang juga pekerja salun kecantikan menaiki lif berkenaan.

Sumber berkata, sejurus melihat mangsa berseorangan dengannya dalam lif itu, suspek bertindak menunjukkan kemaluannya kepada wanita terbabit.

“Tidak cukup dengan itu, suspek cuba menggoda mangsa dengan kelakuan tidak senonoh. Perbuatan suspek berlarutan sekalipun lif sudah terbuka hingga disaksikan beberapa pengawal keselamatan.

“Berikutan itu, suspek ditahan pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis,” kata sumber itu.

Sumber itu menambah, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 2, di sini, semalam.
0 Komentar untuk "GILA SEKS! TUNJUK KEMALUAN DALAM LIF"

Related Posts Plugin for WordPress, ...
 
Copyright © 2014 Berita Macam Macam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info