Berita Macam Macam

Berita Macam Macam Dan Top News Dari Seluruh Negara.Add sya Ke Circle Anda.Translate page sdh boleh dilakukan

SUBHANALLAH! - FENOMENA LUAR BIASA BERLAKU DI PARIT BUNTAR! ALLAH TUNJUK DI BULAN RAMADHAN.. BERTAUBAT LAH KITA SEMUA..

TAOTAUAJER - Parit Buntar: Penduduk Kampung Parit Kasa, di sini, dikejutkan dengan fenomena ribuan ikan lampam muncul di permukaan tali air sejak jam 7 pagi, menyebabkan kawasan berkenaan dikerumuni penduduk yang bagaikan berpesta.

Rata-rata penduduk yang mengetahui kejadian itu memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa pelbagai peralatan termasuk jala, pukat dan sauk, malah ada yang terus terjun ke dalam tali air menangkap ikan menggunakan tangan.

Difahamkan, sehingga jam 2 petang semalam, penduduk mendakwa menaikkan 100 kilogram ikan lampam.

Abdul Halim Siga, 54, berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sepanjang dia tinggal di kampung itu.

Katanya, dia menyedari kejadian berkenaan pada jam 7 pagi apabila melihat banyak kelibat ikan bermain di permukaan air.

“Saya segera mengambil jala dan melemparkannya ke arah kumpulan ikan terbabit dan dengan sekali campak, saya dapat lebih 20 ikan.

“Saya kemudian mengajak ahli keluarga untuk sama-sama menangkap ikan itu,” katanya.

Orang ramai mula mengerumuni kawasan itu selepas melihat penduduk menaikkan banyak ikan.

Seorang lagi penduduk Syamsul Razman, 32, berkata, fenomena itu mungkin terjadi akibat limpahan air bukit merah ke dalam Sungai Kerian. - myMetro
0 Komentar untuk "SUBHANALLAH! - FENOMENA LUAR BIASA BERLAKU DI PARIT BUNTAR! ALLAH TUNJUK DI BULAN RAMADHAN.. BERTAUBAT LAH KITA SEMUA.."

Related Posts Plugin for WordPress, ...
 
Copyright © 2014 Berita Macam Macam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info