Berita Macam Macam

Berita Macam Macam Dan Top News Dari Seluruh Negara.Add sya Ke Circle Anda.Translate page sdh boleh dilakukan

MENGEJUTKAN!! Ketahui 5 Tanda Awal Ini Bahawa Isteri Anda Akan Mencurangi Anda!


Ketahui 5 Tanda Awal Ini Bahawa Isteri Anda Akan Mencurangi Anda!-Curang adalah perbuatan zalim dan menganiaya perasaan orang sekeliling.Bukan sahaja kepada suami,anak-anak malah kepada orang tua kita.Perbuatan curang yang ringan-ringan ialah menempatkan orang lain selain suami ke dalam hati isteri.

Sebaliknya curang tahap maksima ketika mana isteri sudah bersedudukan dengan lelaki lain.Dosa z!n@ memang dosa besar.Namun dosa isteri kepada suami ialah menzalimi kepercayaan,amanah dan cinta seorang suami.Ingat menzalimi orang lain menyebab doa orang teraniaya terbuka hijab.

Maksudnya doa mudah dimakhbul di dunia ini juga.Biasanya doa orang yang teraniaya jarang-jarang bernada positif.Selebihnya menjurus kepada sumpah seranah dan ingin bala ke atas orang yang menzalimi mereka.Naubizillah min zalik.

Kita tinggalkan perkara ini dulu.Mari kita lihat petanda isteri telah curang dengan suami:

1.Layanan semakin kurang

Para isteri yang mencintai suami akan memberi kasih sayang 100 peratus.Mereka taat dan akur dengan kehendaknya suami baik dari perkara kecil hingga ke perkara besar.Isteri setia akan memberi layanan kelas pertama untuk suami yang mereka cintai.

Sebaliknya isteri yang telah curang sudah tentu meletakkan kepentingan suami dibawah sekali.Mereka akan mencipta alasan munasabah untuk tidak melayan suami.Misalnya anak kecil diutamakan manakala suami dikemudiankan

Bak kata orang Asajaya (Sarawak), ‘ado malam’ telah ditiadakan dalam kamus suami isteri.Nak tahu maksud ‘ado malam’ kita buka gelanggang komen nanti..he..he..
Jika para suami diluar sana sudah terlihat petanda yang pertama ini maka sediakan duit untuk mengupah penyiasat persendirian la ye.

2.Obses dengan media sosial

Zaman dulu cabaran tak sehebat sekarang.Cinta orang dulu tetap kekal kepada orang yang berada diseliling mereka.Malah isteri yang sering ditinggalkan berbulan-bulan pun masih utuh cinta mereka kepada suami.Pada masa itu media sosial belum wujud.

Apa yang berlaku sekarang sudah berubah.Sebelum tidur pun boleh tengok Whatsapp atau Facebook.Begitu juga selepas bangun tidur.Muka suami yang handsome tak dihiraukan lagi.Lebih seronok tengok muka avatar kawan-kawan atau kekasih hati dalam media sosial.

Wahai para suami diluar sana jangan biarkan fenomena negatif ini terus menghantui hidup kalian.Para isteri yang baik mesti mengutamakan suami dan bukannya media sosial.

Apa yang lebih parahnya ada para isteri yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari suami perkara yang mereka kongsikan dalam media sosial.Kalau benda yang baik mengapa takut untuk diketahui oleh suami mereka.

3.Tabiat berubah 100 peratus

Sebagai seorang suami tentunya sedikit sebanyak memahami tabiat isteri.Jika dulunya suka merajuk dan kini tabiatnya lebih ‘cool’ maka ada sesuatu yang telah mengubah perasaan dan jiwanya.Mereka telah berada dalam dimensi lain yang lebih bagus dari sebelum ini.

Bukan itu sahaja.Ada juga para isteri yang dulunya suka memerap dekat rumah tetapi kini aktif dengan aktiviti luar rumah seperti bersukan,shopping atau jalan-jalan.Bagi mereka rumah tempat yang tak seronok dan mengongkong hidup mereka.

II berharap jika ada suami masih naif tentang perkara ini tolong sedar dari mimpi 60-an.Para isteri yang baik sentiasa mahu berada di samping suami mereka.Tidak akan timbul perasaan bosan kerana sudah lumrah suami isteri mesti bersama sama ada duka atau suka.

4.Tak solat wajib 5 waktu

Ukuran mudah nak menilai bagus atau tidak seseorang muslim ialah dengan solat.Adakah sesorang itu cukup bagus jika solat yang wajib sengnaja ditinggalkan.Orang yang berani engkar dengan perintah Allah SWT lagi mudah untuk engkar dengan suami.Mereka tak takut berbuat dosa kerana m@ks!at lebih nikmat berbanding beribadah kepada Allah.

Ciri-ciri ini sangat kukuh.Jika dulunya isteri kalian boleh solat 5 waktu tetapi kini memandang sepi kepentingan solat.Maksudnya hati mereka lebih cenderung berbuat m@ks!at.Pengaruh jahat lebih kuat.Jadi berhati-hati dengan situasi ini.

Kebiasaannya suami yang tak solat sesuai untuk isteri yang tak solat juga.Jika situasi ini berlaku maka kedua-dua boleh didakwa curang.Opss.gurau sahaja.

5.Membesarkan kelemahan suami

Jika awal perkahwinan semuanya berjalan lancar.Namun setelah sekian lama berkahwin ada sahaja yang tak kena pada isteri.Mereka cuba membesarkan kelemahan suami agar perasaan cinta suami boleh berubah.Tujuannya supaya isteri boleh bebas melakukan apa yang mereka ingini dengan teman baru.

Sekiranya suami mempunyai pendapatan rendah maka inilah masa paling sesuai untuk mengatakan suami kurang bertanggungjawab,tidak mampu dan serba serbi tak negatif buat isteri.

Lebih tragis juga kalau si suami didakwa boleh abaikan isteri.Lupakan perkahwinan yang sedia ada supaya ada kehidupan yang lebih baik selepas itu.Dakwaan begini boleh memberi petanda bahawa isteri sudah curang.Pendek kata sudah ada orang lain sebagai pengganti.

Saranan solusi kepada para suami dalam menghadapi isteri curang dapat II ringkas dalam point-point penting dibawah ini:

1.Bawa bertenang

Masalah akan lebih mudah selesai jika fikiran tenang.Pada masa itu pemikiran mudah untuk diurus dan mencari jalan penyelesaian.

2.Bincang secara baik

Tak guna gaduh-gaduh.Perkara sudah pun berlaku.Bagi nasihat dan pandangan yang positif kepada isteri.Jika pilihan mereka memihak kepada kecurangan maka redha dan maafkan demi kebahagiaan semua pihak

3.Jumpa kaunselor perkahwinan

Langkah terbaik ialah meminta nasihat dari orang pakar.Kaunselor perkahwnian ada pengalaman dan kepakaran dalam merumus penyelesaian dalam kemelut yang dihadapi.Jangan malu kerana malu tak bertempat mengundang padah kepada masa depan perkahwinan itu sendiri.

4.Solat taubat dan hajat

Sebagai orang Islam ini adalah kaedah paling ampuh.Minta tolong kepada Allah SWT kerana Dia sahaja yang Maha Bijaksana untuk membantu kita.Buatlah solat taubat atau hajat setiap malam.Doa banyak-banyak dan menangis serta merintih atas sejadah.Suara suami yang teraniaya amat dirindui oleh Allah SWT.
0 Komentar untuk "MENGEJUTKAN!! Ketahui 5 Tanda Awal Ini Bahawa Isteri Anda Akan Mencurangi Anda!"

Related Posts Plugin for WordPress, ...
 
Copyright © 2014 Berita Macam Macam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info